Tuesday, November 24

Aidiladha..

Assalammualaikum... Topik entri kali ini ialah Hari Raya Aidiladha. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji. Ia merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia & juga merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1Syawal. Aidiladha pulak disambut pada hari ke 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan perayaan ini diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau sianghari pada 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Pada hari raya ini, semua umat Islam disunatkan memakai pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya pula, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat yang mana akan diadakan pada sebelah pagi.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

:.SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM.: